“Kalau terkunci dalam kedai ni…”, pekerja gantung telekung undang seram buat netizen

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya pelbagai cara digunakan kedai untuk menjual barangan mereka termasuklah cara unik dengan menggantung telekung di atas kedai.

Sekali imbas terlihat seperti hantu tergentung dengan kedudukan yang terlalu tinggi.

Tular gambar dimuat naik di Twitter, @sosmedkeras yang berkongsi ciapan mengenai telekung yang dikenakan patung di sebuah kedai.

Rata-rata warganet turut terkejut melihat gambar tersebut apatah lagi jika dilihat pada waktu malam.

“Demi apapun mimin (admin) terkejut anjir (sangat),” komen @hoki311.

“Masih tak faham kenapa perlu digantung macam itu,” ujar @flip_id.

“Seram sangat kalau sudah malam, terkunci pula dalam tempat tu,” tambah pengguna Twitter.

Ini kalau tersalah pandang malam-malam, boleh kena serangan jantung sebab ingat langsuir salah masuk kedai.

Baca juga: Tergamak pasangan remaja ini buat hubungan terlarang atas motor, depan kubur pulak tu