“Kandungan saya sudah 7 bulan..” – Amira Othman

Oleh ROSLAN ZAMAN

Penyanyi Amira Othman akhirnya menamatkan spekulasi apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan bersama suaminya, Fattah Amin.

Amira, 33, memaklumkan usia kandungannya kini sudah mencecah 30 minggu dan dijangka akan melahirkan cahaya mata pada Jun depan.

“Alhamdulillah, saya kini sedang hamil. Kandungan sudah 30 minggu dan insya-Allah dijangka bersalin pada Jun nanti,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Amira yang teruja menanti kehadiran zuriat pertama memilih untuk tidak mendedahkan jantina bayi buat masa ini.

“Saya sendiri tidak pasti jantinanya. Apa pun, saya tidak kisah, asalkan anak sihat,” ujarnya.

Penyanyi lagu Hati-Hati itu turut berkongsi bahawa dia bersyukur kerana melalui tempoh kehamilan tanpa mengalami sebarang alahan.