Kecoh isu Salted Egg Salmon Skin guna logo halal tak sah, ini respon Datuk Seri Vida

Oleh WAN SITI AMINAH

Sebuah premis memproses makanan yang diserbu kerana disyaki menggunakan logo halal tidak sah baru-baru ini rupanya dimiliki oleh ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Vida.

Pemilik nama sebenar Hasmiza Othman itu bagaimanapun mengaku terkejut kerana tidak tahu premis yang mengusahakan kerepek kulit ikan salmon tersebut diserbu.

Terpinga-pinga, Vida dikatakan baru pulang dari luar negara dan serbuan dengan nilai sitaan berjumlah RM88,582.50 itu berlaku ketika ketiadaannya, lapor Kosmo.

“Saya tak tahu apa-apa. Saya baru bangun tidur dan baru pulang dari oversea (luar negara). Buat masa sekarang, saya kena ambil tahu apa sebenarnya yang terjadi.

“Saya kena baca dahulu apa laporan media berhubung dakwaan yang awak maklumkan kepada saya ini,” kata usahawan berusia 53 tahun itu memetik laporan Kosmo.

Terdahulu, sebuah premis disyaki menggunakan logo tidak sah bagi produk makanan ringan ‘salted egg salmon skin’ diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kelmarin.

Baca Artikel Penuh