Menggemparkan dunia, kira-kira 18 penerbangan terpaksa digantung selepas radar pesawat penumpang mengesan satu objek asing di udara.
Menyerupai objek terbang tidak dikenal pasti (UFO), penerbangan tersebut terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.
Penampakan UFO itu difahamkan berlaku di daerah Gaziantep yang terletak di tenggara Turkiye pada Sabtu lalu.
Menurut pihak berkuasa Turkiye, objek itu mula dikesan oleh radar pesawat penumpang yang tiba di lapangan terbang Gaziantep pada tengah malam.
Berada di udara pada ketinggian 2,743.2 meter atau 9,000 kaki, UFO itu dikesan oleh dua juruterbang yang memandu pesawat berlainan.
Khuatir dengan keselamatan lalu lintas di udara, kedua-dua juruterbang itu segera melaporkan penampakan berkenaan kepada Unit Kawalan Trafik Udara.
Unit Kawalan kemudian mengarahkan penerbangan yang dijangka tiba untuk mendarat di lapangan terbang lain iaitu di bandar Adana atau Sanliurfa.
Penerbangan hanya dijadual semula 12 jam selepas kejadian berlaku setelah siatasan terhadap objek yang mencurigakan itu dilakukan.
Baca juga: Lambat sangat tunggu makanan, lelaki serang pekerja dekat dapur