‘Kena paksa diri pakai tudung, mati tak kenal masa’ – Amyra Rosli

Oleh MAISARAH AISYA

Tidak dapat dinafikan, ada pelakon yang berhadapan dengan kehilangan tawaran kerja atau populariti selepas membuat keputusan untuk berhijrah dan memakai tudung.

Perubahan imej ini kadangkala dianggap tidak sesuai dengan kehendak sesetengah produksi atau kempen komersial.

Buat pelakon Amyra Rosli, dia mengakui bukan senang untuk kekal istiqamah malah pernah terniat untuk membuka tudung di awal penghijrahan lapor Kosmo! Online.

“Daripada seorang yang ‘freehair’ kepada bertudung memang agar sukar pada mulanya untuk istiqamah. Enam bulan pertama saya pakai tudung itu macam-macam saya fikir.

“Macam saya ketika awal bertudung, ambil masa enam bulan untuk biasakan diri. Pernah juga dalam tempoh itu rasa nak buka tudung.

“Namun saya bersyukur dikelilingi dengan suami dan keluarga yang sentiasa beri sokongan,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Kongsinya ada rakan yang menakutkannya tentang kontroversi jika tidak bertudung, namun kesedaran diri serta pertimbangan dosa dan pahala mendorongnya kekal berhijab hingga kini.

“Sebenarnya memakai tudung merupakan satu kewajipan untuk seorang wanita Muslim. Apa jua kewajipan yang sudah ditetapkan oleh Allah, kita kena paksa diri kita.

“Jadi, lama-kelamaan dengan usia yang semakin matang, saya tahu untuk berfikir bagaimana mahu istiqamah, perlu paksa diri.

“Jangan sesekali salahkan orang lain atau cakap tunggu masa yang sesuai, kita sendiri tidak tahu mati bila,” ujarnya.

Pada masa sama Amyra mengakui menghadiri kelas agama dan usrah antara perkara yang dilakukannya untuk lagi iman dalam diri.

Malah dia berkongsi bahawa anak seni tak perlu bimbang akan soal rezeki jika memilih untuk bertudung dan menutup aurat serta perlu yakin dengan aturan Allah SWT.

Baca juga: Video Diana Danielle menari dengan anak curi perhatian, ramai sangka keluarga Mat Saleh