Zaman sekarang ramai memilih meletakkan anak-anak di rumah datuk dan nenek mereka dengan alasan ia adalah percuma.
Tapi pada sama sanggup bayar ribuan ringgit kepada orang luar untuk menjaga mereka disebabkan seorang wanita di United Kingdom nekad kenakan caj bayaran buat cucunya.
Menurut The Sun, Caroline Duddridge yang sudah bersara memilih untuk mengenakan caj buat menjaga cucunya bagi kelangsungan hidup.
Pada mulanya si anak, Amanda memintanya untuk menjaga cucu dua hari penuh dalam seminggu.
DIsebabkan faktor kewangan dan sudah tidak bekerja, Caroline mengenakan caj £15 (RM88.55) untuk setengah hari bagi setiap kanak-kanak atau sehingga £50 (RM295.20) untuk sehari penuh.
Caraline memaklumkan dia memperoleh pendapatan sebanyak £25,000 (RM147,603) selepas mengenakan bayaran untuk menjaga cucunya.
Amanda pada mulanya mengadu dan memakluman ada banyak nenek yang mengambil peluang ini untuk bersama dengan cucu namun ia tidak diendahkan Caroline.
“Saya fikir £15 untuk setengah hari setiap kanak-kanak atau sehingga £50 untuk sehari penuh adalah tawaran yang sangat murah
“Kini saya menjaga tiga anak mereka, Elodie, Esmee, 10, dan Elvie, 5 dari 8.30 pagi hingga 5 petang, empat hari dalam seminggu.” ujarnya seperti dipetik The Sun.
Dalam pada itu Amanda pada akhirnya bersetuju bahawa bayaran dikenakan ibunya adalah jauh lebih murah daripada mengambil pengasuh.
Tambahnya mengenakan caj bukan bermaknan dia tidak sayang, cuma dia mengambil langkah bijak agar tidak dibelungi masalah ekonomi.
“Saya tahu ibu bapa dan datuk nenek muda akan menganggap saya bodoh, mementingkan diri sendiri dan suka akan duit tetapi saya tidak kisah.
“Saya perlu menjaga masa depan saya. Apa yang saya lakukan tidak bermakna saya kurang menyayangi cucu, cuma bermakna saya befikiran jauh,” tambahnya.
Baca juga: Pelajar universiti tertekan mak ayah awal-awal rembat duit PTPTN, siap buat ‘loan’ guna nama anak