Stesen radio ERA tampil memberi penjelasan susulan persoalan netizen mengenai pemilihan individu dikenali sebagai Dicky Yau yang mendapat perhatian dalam segmen mereka baru-baru ini.
Isu tersebut timbul selepas seorang pengguna media sosial mempersoalkan mengapa abang ‘minyakhitamjalanan’ atau nama sebenarnya Mohd Yusof Mohamed Noor yang turut tular sebelum ini tidak diberikan liputan sama.
Menjawab perkara itu, ERA memaklumkan bahawa pihaknya sebenarnya telah menghubungi individu berkenaan dan menjemputnya ke studio, namun pelawaan tersebut ditolak secara baik.
“Awak. Kita dah reach out abang tu juga untuk datang studio tapi dia tolak secara baik. Dia tak nak exposure media buat masa sekarang, kami hormat keputusan abang tu.
“Kita doakan rezeki mereka terus mengalir ya,” jelas ERA.
Sebelum ini, ERA berkongsi kehadiran Dicky Yau di studio mereka bagi berkongsi kisah yang tular di media sosial, sekali gus menarik perhatian ramai pendengar.
Penjelasan tersebut sedikit sebanyak menjawab persoalan netizen, dengan ramai menyifatkan keputusan untuk menghormati pilihan individu terbabit sebagai langkah yang wajar.
Dalam masa sama, situasi ini turut memperlihatkan bahawa tidak semua individu yang tular di media sosial selesa dengan perhatian umum, walaupun diberi peluang untuk tampil di platform arus perdana.
Baca juga: ‘Kami semua dapat subsidi buat apa ‘join’ bantah harga minyak?’- Abang teksi sekolahkan penganjur