‘Kami semua dapat subsidi buat apa ‘join’ bantah harga minyak?’- Abang teksi sekolahkan penganjur

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemandu teksi mengkritik tindakan segelintir pihak yang cuba mencetuskan situasi tegang dengan menganjurkan protes membantah kenaikan harga bahan api.

Kamarudin Hussain yang juga Yang Dipertua Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) berkata, siapa sebenarnya yang terkesan dengan kenaikan bahan api ini kerana setahu beliau, kerajaan memberikan subsidi kepada semua pengguna RON95 dan juga pengguna diesel.

Kata beliau, tidak sepatutnya diadakan perhimpunan seperti ini kerana mereka yang berhimpun sama sekali tidak terjejas.

“Saya terima satu panggilan telefon daripada parti Putra untuk sertai perhimpunan ini. Saya tanya siapa yang terkesan? Mereka dah mula tergagap-gagap.

“Okay dia kata sektor pertanian. Saya jawab, setahu saya kerajaan bagi subsidi. Dia kata tapi ada yang tak dapat. Kalau yang tak dapat itu maksudnya mereka tidak mengikut undang-undang.

“Contoh mungkin tak ada lesen, tak daftar dan sebagainya. Itu bukan salah kerajaan, tapi salah pihak sendiri. Selepas itu mereka kata sekolah memandu (terjejas). Kalau tak dapat, kan boleh mohon?

“Okay kemudian dalam sektor pelancongan. Korang dah caj penumpang lebih-lebih. Korang boleh tanggunglah kos itu,” katanya.

Sementara itu Kamarudin berkata, sebagai pemandu teksi, dia melihat tidak ada keperluan untuk dia dan pemandu-pemandu lain menyertai himpunan tersebut kerana mereka masih menikmati subsidi bahan api yang disediakan kerajaan

“Saya terus bagitahu, kami tak sepatutnya join pun perhimpunan ini sebab kami memang tak terkesan. Kerajaan dah bagi subsidi. Jadi buat apa kami melibatkan diri dan membodohkan diri untuk pergi ke sana. 

“Saya nak tanya, rakyat Malaysia yang nak protes ini, korang terkesan ke? Korang tak terkesan pun. Korang patut berterima kasih kepada kerajaan sebab masih bagi subsidi. Korang ni nak hidup ditanggung kerajaan, banyak cantik korang,” tambahnya.

Baca juga: Jangan tinggal sesuka hati! JPN dedah proses sah jika tak mampu besarkan anak sendiri