Kentut dan sendawa terlalu kuat hingga menggangu jiran, lelaki ini dihukum penjara

Oleh KIM SYAZIE

Akibat kentut dan sendawa terlalu kuat hingga mengganggu jiran, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 24 minggu kepada seorang lelaki.

Lelaki itu didapati sengaja bertindak sedemikian dengan niat untuk menganggu ketenteraman jiran yang duduk bersebelahan dengan rumahnya.

Hukuman itu dijatuhkan di Mahkamah Majistret Stockport yang terletak di United Kingdom iaitu di tempat kejadian itu berlaku, lapor Mirror UK.

Lelaki yang bernama Edward Riley itu juga perlu membayar denda kepada mahkamah sebanyak £85 (RM472.23) dan £128 (RM711.07) kepada jirannya.

Menerima padah, perbuatan Riley itu mula dilaporkan kepada pihak polis apabila mangsa (jiran) merasa tidak tahan kerana sentiasa ‘dibuli’.

Riley dikatakan sering menyekat pintu rumah dan menghalakan lampu suluh ke arah muka mangsa setiap kali bersemuka.

Mengeruhkan keadaan, Riley juga dipercayai pernah beberapa kali mengugut untuk membakar rumah mangsa.

“Saya tidak boleh terus hidup seperti ini. Semuanya sudah melampau dan kesihatan mental saya berada di tahap yang parah,” kata mangsa.

Tidak tahan dengan penyiksaan yang dialami, mangsa iaitu jiran sebelah rumah Riley membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan lain.

Mengaku bersalah atas tuduhan yang dibaca ke atasnya, hukuman penjara ke atas Riley ditangguhkan selama 12 bulan.

Perlu menerima rawatan, mahkamah mempertimbangkan penyakit yang dihidapi Riley iaitu gangguan mental, Skizofrenia.

Baca juga: Dah masuk duit tapi kain masih basah? Pemuda ini kongsi cara betul guna dryer