Tahukah anda, bantuan kepada sekolah agama rakyat (SAR) pernah dihentikan pada sekitar tahun 2002 oleh pihak kerajaan yang memerintah ketika itu di atas alasan pendekatan pengajaran.
Peruntukan ini akhirnya berjaya dikembalikan semula hanya selepas dua dekad berlalu oleh Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khabar baik itu diumumkan pada 2023 dengan pengembalian peruntukan dalam bentuk geran berjumlah RM20,000 kepada SAR yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Peningkatan peruntukan yang ketara terutama dalam memastikan pembangunan Islam ini juga dapat dilihat menerusi laporan pembentangan Belanjawan 2024 disusun oleh Anwar Ibrahim.
Mana tidaknya, peruntukan untuk pengurusan dan pembangunan Islam telah dinaikkan dalam belanjawan itu kepada RM1.9 bilion pada tahun 2024 daripada RM1.5 bilion pada tahun 2023.
Tujuannya sudah tentulah untuk memartabatkan agenda pembangunan Islam di negara ini selari dengan konsep Madani yang diperkenalkan oleh tampuk kepimpinan Perdana Menteri.
Kerajaan juga terus membuktikan komited untuk menambah baik keperluan SAR dengan saluran dana sebanyak RM150 juta pada tahun 2025 bagi menaik taraf prasarana institusi pendidikan itu.
Peruntukan lebih RM34 juta juga disalur kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang merangkumi dana pembangunan dan latihan tahfiz bagi memastikan infrastruktur pendidikan Islam lebih selesa serta selamat.
Terbaharu, Anwar pada Januari tahun ini sekali lagi mengumumkan bantuan melalui saluran dana segera berjumlah RM200 juta untuk SAR dan maahad tahfiz daif di seluruh negara.
Peruntukan ini membolehkan murid yang belajar di institusi pendidikan agama yang bukan berada bawah sistem pendidikan kebangsaan untuk menikmati kemudahan serupa dengan sekolah kerajaan.
Baca juga: ‘What if kita mati awal dan tak sempat rasa duit KWSP sendiri?’