Kerajaan permudah cara majikan dapatkan pekerja asing

Oleh MALAYSIADATELINE

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuk memudahkan polisi dan prosedur bagi majikan mendapatkan pekerja asing untuk bekerja di negara ini dalam usaha memulihkan ekonomi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Justeru, berliau berkata majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja termasuk pas lawatan kerja sementara (PLKS).

Beliau berkata kerajaan memahami dalam proses pemulihan ekonomi pasca pandemik, terdapat permintaan guna tenaga yang tinggi terutama sektor kritikal seperti ladang, pertanian, pembinaan, perkilangan dan juga perkhidmatan. 

“Lambat laun kita akan dapat mengesan dan apabila kita dapat kesan, kita hanya ada satu pilihan, kita akan mengenakan tindakan undang-undang ke atas mereka terlibat.

Ketika kerajaan telah melonggarkan banyak prosedur permohonan, mempermudahkan, mereka sepatutnya mengambil peluang ini untuk memanfaatkan proses yang kita dah mudahkan ini,” kata beliau kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir di Balai Polis Kahang, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya membuat pemantauan setiap hari dan setiap kali permasalahan dihadapi majikan atau pekerja asing, agensi yang terlibat telah diminta untuk memudahkan proses berkenaan.

Baca Artikel Penuh