Ketika sibuk susun calon PKR, merpati dari Kajang bertenggek di pejabat Rafizi

Oleh BORHAN AHMAD

Ketika Rafizi Ramli dan pasukannya sibuk mempersiapkan strategi dan calon-calon dari PKR untuk Pakatan Harapan, seekor merpati sentiasa sahaja berada di bumbung dan kadang-kadang tingkap pejabat beliau.

Rafizi tidak menghiraukan merpati itu namun pelbagai nasihat yang disampaikan kepada beliau termasuk itu mungkin sihir dan mungkin juga merpati dari Kajang.

“Sejak minggu lalu, pejabat saya ada seekor burung merpati yang sesat dan sudah jadi penghuni di rooftop kami.

“Ada yang datang ceramah bisik kepada saya: hati-hati, itu mungkin sihir 🤣

“Ada yang lagi nakal: hati-hati, itu mungkin merpati dari Kajang 🤣,” tulis Timbalan Presiden PKR itu menerusi facebook beliau.

Jolokan nama merpati digunakan oleh seorang penulis ketika menceritakan tentang Datuk Seri Najib Razak yang kini menjadi penghuni di penjara Kajang.

Baca Artikel Penuh