Khairulaming buat hal lagi, kali ini sewa yatch mewah untuk 60 pekerjanya di Langkawi, siap bagi duit shopping

Oleh WAN SITI AMINAH

‘Majikan dari syurga’, personaliti media sosial, Khairulaming sekali lagi menyita perhatian saat membawa pekerja kilangnya bercuti.

Menutup kilang selama lima hari, Khairulaming ‘memanjakan’ kakitangan beliau dengan percutian mewah ke Langkawi, Kedah.

Menyediakan tempat tinggal di hotel lima bintang untuk 60 pekerjanya, usahawan itu turut menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang percutian.

Antaranya adalah menyewa sebuah kapal layar persendirian mewah, khas untuk pekerjanya melihat sunset atau matahari terbenam.

Selain itu, kakitangan pemilik nama Khairul Amin Kamaruzzam itu turut dibawa menaiki jetski, snorkelling dan juga meneroka gua.

Sebagai tanda penghargaan, lelaki yang berasal dari Kelantan itu turut memberi ‘bonus’ berbentuk wang ringgit untuk pekerjanya membeli belah di Langkawi.

@khairulaming

Kita tutup kilang Sambal Nyet selama 5 hari untuk bawa kesemua 60 staff bercuti di Langkawi. Kita sediakan hotel 5 bintang, jetski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tgk sunset & duit belanja untuk diaorang shopping. Alhamdulillah semua staff happy ✨🥹

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

“Minggu ini kita tutup kilang Sambal Nyet selama lima hari untuk bawa kesemua 60 kakitangan bercuti di Langkawi.

“Alhamdulillah semua staff happy,” kata Khairulaming yang memuat naik rakaman percutian mereka itu di laman TikTok miliknya.

Bukan kali pertama, pemuda yang berusia 30 tahun itu selalu mencipta kejutan buat pekerjanya dengan memberi bonus ribuan ringgit dan membawa mereka bercuti.

Baca juga: Pelanggan terkejut jumpa 6 potong kuku ketika makan tengah hari di TTDI, ibu siap tertelan kuku