‘Kita dah bagi jarak, ada pula menyelit, dahlah bawa laju’

Oleh ARIF ATAN

Walaupun pemandu sudah diingatkan agar menjaga jarak tetapi masih ada yang suka menyelit di depan hingga boleh mengundang risiko kemalangan.

Tambah memburukkan keadaan apabila kenderaan dipandu laju. Akibat tidak menjaga jarak, kereta orang lain termasuk pemandu yang cermat pun kena sondol.

“Selalu sangat kena. Kita tinggalkan jarak tapi mesti ada kereta lorong sebelah cilok.

“Kita simpan jarak untuk keselamatan, dia pergi cilok,” kata seorang warganet.

Ada pula yang gemar memotong kenderaan dengan memberi isyarat secara tiba-tiba sehingga membahayakan pemandu lain sekiranya tidak sempat mengelak.

“Ada yang suka (pandu) dekat-dekat, cucuk-cucuk. Kita dah bagi ruang, jarak, memandu hati-hati tapi dia masuk memotong pulak, bagi signal tiba-tiba.

Baca Artikel Penuh