Kongsi gambar ‘free hair’ di hari jadi ke-39, Nadia Annuar tidak lagi berhijab?

Oleh WAN SITI AMINAH

Bekas personaliti TV3, Nadia Annuar kembali menyita perhatian selepas memuat naik sekeping gambar di laman media sosial miliknya.

Sempena menyambut hari kelahirannya yang ke-39, bekas pengacara Wanita Hari Ini itu berkongsi gambar dirinya tanpa mengenakan hijab.

Bersyukur masih dipanjangkan usia, anak kepada ahli perniagaan, Kak Ton itu mengakui bahawa dirinya berdepan dengan banyak masalah.

Perlu mengambil keputusan yang ‘buruk’, Nadia turut berdoa kepada Tuhan agar diberikan kekuatan untuk menjalani kehidupan.

“Alhamdulillah, setahun lebih dewasa. Apa yang kita fikir sebagai kekuatan kita boleh juga menjadi kelemahan yang besar.

“Saya telah melalui banyak hal sepanjang tahun lalu. Saya buat banyak kawan dan musuh. Saya belajar sesuatu daripada itu.

“Saya harap Allah SWT akan terus mengurniakan saya kekuatan untuk terus hidup dengan cara yang Dia inginkan,” katanya.

Memuat naik gambar tersebut di laman Instagram, ramai pengikut mengakui tidak senang dengan perkongsian Nadia itu.

Sepatutnya lebih menutup aurat dengan bertambah usia, ada individu yang meminta Nadia memikirkan perasaan suami dan ibunya, Kak Ton.

“Beginilah wanita sekarang. Kubur lain-lain. Kalau tak takut Allah, kesian la dekat suami, Kak Ton,” kongsi seorang peminat.

“Patut bertambah umur, bertambah tutup. Ini terbalik pula. Takpelah, kita semua doa yang baik-baik,” komen pengguna lain.

Baca juga: Diabai suami, wanita nekad bawa diri – Rela jalan kaki 7 jam sambil dukung anak!