KWSP kongsi tips kewangan, netizen kata ‘luluskan je lah KWSP bersasar’

Oleh KIM SYAZIE

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada semalam berkongsikan beberapa tips berguna kepada orang ramai untuk menyelesaikan masalah kewangan.

Antaranya meliputi nasihat supaya orang ramai mula mengamalkan catat perbelanjaan, disiplin dalam merancang perbelanjaan, minumkan hutang, lindungi diri dari scammers dan berhemah ketika berbelanja.

Perkongsian itu dibuat ditengah-tengah gesaan orang ramai yang masih mengharapkan kelulusan pengeluaran KWSP bersasar, biarpun Perdana Menteri memberi bayangan tidak akan membenarkan pengeluaran buat kali ketiga.

KWSP

Perkongsian agensi itu di Facebook rasminya sekali gus telah menarik perhatian netizen apabila ramai menghujani ruangan komen dengan mengharapkan adanya pengeluaran KWSP dalam keadaan kos sara hidup semakin menekan.

Kebanyakan mereka juga masih menggunakan tanda pagar #kwspbersasar merujuk kepada harapan besar orang ramai yang mahukan pengeluaran duit persaraan mereka.

“Covid-19, PKP banyak bulan sampai tutup kedai, lepas tu barang naik harga niaga perlahan, semua yang dirancang tu hayut.

Baca Artikel Penuh