Lain macam! Gara-gara minyak petrol habis, ‘rider’ naik kuda hantar makanan kepada pelanggan

Oleh MAISARAH AISYA

Biasanya dilihat penghantar makanan menggunakan motor, kereta atau basikal tapi lain pula yang berlaku India.

Mana tidaknya, penghantar makanan tersebut dirakam menaiki kuda untuk membuat penghantaran.

Alasan dia menaiki kuda adalah sebab kehabisan minyak petro di kawasannya.

Menurut stesen penyiaran NDTV, penghantar makanan di Hyderabad, India tular selepas videonya dimuat naik di media sosial.

Pekerja syarikat penghantaran makanan, Zomato itu dikatakan tiba di sebelah Hotel Imperial yang terletak di Chanchalguda.

Dia juga sempat melambai tangan kepada orang ramai ketika dalam perjalanan untuk menghantar makanan.

Baca Artikel Penuh