Bila memesan makanan di kedai, pastinya ia mengambil masa untuk pesanan anda disediakan.
Namun buat pelanggan restoran di Washington, Amerika Syarikat ini, dia tidak dapat menerima taco yang dipesan mengambil masa terlalu lama.
Menurut New York Post, pekerja wanita di restoran Chiptole memberitahu Fox 5 bahawa pelanggan tersebut bertindak ganas dan cuba merampas makanan dari tangannya.
“Dia cuba merampasnya (taco), namun gagal sebelum saya membuangnya ke dalam tong sampah. Dia kemudian menjadi marah,” kata pekerja yang enggan identitinya didedahkan.
Dalam rakaman itu, terlihat pelanggan cuba merampas makanan namun gagal dan pekerja tersebut mengambil langkah untuk mencampak pesanan ke dalam tong sampah.
Selepas pelanggan itu mula melemparkan barang akibat marah pesanan dibuang, pekerja tersebut terus menutup muka dan melarikan diri ke pintu belakang restoran.
Menurut Polis Metropolitan, pegawai yang bertindak balas diberitahu bahawa lelaki itu menjadi marah kerana dia merasakan makanannya tidak disediakan dengan pantas.
Dia kemudian meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki skuter sewa, demikian laporan polis yang diperoleh Fox Business.
Baca juga: Selepas viral Akka nasi lemak akui dirinya mendapat kecaman, hinaan dan gangguan