Lampu dah merah tapi konvoi skuter masih tak berhenti, kenderaan lain pula terpaksa mengalah

Oleh KIM SYAZIE

Seorang warga maya memuatnaik satu rakaman di mana dia terpaksa memberhentikan kenderaannya selepas seorang penunggang motosikal, bertindak suka-suka hati menjadi pengiring yang mengawal lalu lintas untuk sebuah konvoi skuter.

Untuk pengetahuan, ‘marshal’ atau pengiring konvoi tiada kuasa untuk menyuruh mana-mana pengguna jalan raya memberi laluan kepada konvoi mereka apatah lagi mengawal lalu lintas sesuka hati.

Penggunaan marshall dalam sesuatu pertandingan, konvoi atau apa jua program mestilah dihadiri dengan polis trafik.

Tetapi untuk konvoi skuter ini, tidak kelihatan mana-mana polis trafik ada bersama mereka. Pemilik kamera papan pemuka (dashcam) mendakwa, dia diberhentikan di persimpangan jalan menuju ke hospital walhal lampu isyarat sudah pun bertukar hijau bagi laluannya.

Tetapi ‘marshal’ itu menahan kenderaannya untuk memastikan kesemua peserta konvoi sudah melalui persimpangan itu.

“Konvoi bang..(konvoi ini semua) jenis tak ada brek nak berhenti dekat traffic light..orang nak pi hospital pula yang kena tunggu bagi laluan kat dia,” tulis pemilik dashcam tersebut yang bernama Mohd Akrie.

Baca Artikel Penuh