Lebih separuh pelajar tak datang kelas, sekali pensyarah ni ‘ambush’ rumah student – “ini kerja dia buat rupanya!”

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman universiti adalah masa untuk belajar berdikari dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas sebagai pelajar.

Namun masih ada sesetengah pelajar yang tidak memperdulikan hal tersebut, malah ada yang ponteng untuk tidur di rumah atau bilik kampus.

Pensyarah kanan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Hisyam Che Mat menziarahi kolej pelajar gara-gara ramai yang ponteng kelas.

Video tersebut tular selepas pensyarah tersebut dilihat begitu gigih mencari pelajar yang tidak hadir ke kelasnya.

@hisyam_chemat

Replying to @⛅️ nindia

♬ original sound – Hisyam

Tujuannya adalah untuk tahu punca sebenar mengapa ‘liat’ mahu ke kelas kerana bimbang pelajarnya sakit atau ada masalah kewangan.

Menurut Harian Metro, pensyarah ini sudah mengajar sejak 23 tahun lalu dan mula menziarahi pelajar di rumah sewa atau kolej bermula tahun 2000 hingga 2003.

Katanya lagi, sebelum melawat pelajar dia akan habiskan kelas mengikut jadual yang ditetapkan.

Selepas itu, dia akan meminta kebenaran daripada pengetua kolej ditemani kakitangan kolej kediaman dan beberapa penuntut lain.

Namun pastinya ada yang tidak merasa selesa apatah lagi jika pensyarah tersebut berkunjung ke asrama perempuan walaupun sudah diiringi.

Namun diharapkan kaedah ini mampu membantu pelajar untuk tidak senang ponteng lagi.

Baca juga: Masuk ni dah 5 kali anak kena cekup, orang tua terpaksa keluar duit tabung haji nak ikat jamin