Lelaki berani mati tembak mercun atas kereta

Oleh ROSLAN ZAMAN

Tular video seorang lelaki bermain mercun dari sebuah kereta yang bergerak di sekitar Elmina Rainforest, Seksyen U15 Shah Alam di sini.

Tindakan yang dianggap membahayakan orang awam itu memakan diri sendiri apabila pihak polis memburu lelaki berkenaan selepas tular di media sosial.

Memetik dari Kosmo online, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.48 tengah hari tadi.

Katanya, rakaman berdurasi 50 saat itu memaparkan seorang lelaki berdiri melalui cermin ‘sunroof’ sebuah kereta sebelum melepaskan beberapa das tembakan mercun ke udara

Kejadian berlaku pada waktu malam dengan kenderaan itu dipercayai dipandu individu lain. Suspek melepaskan mercun dari dalam kereta yang bergerak. Tindakan berbahaya itu menarik perhatian orang ramai selepas video tersebut tersebar di media sosial,” katanya

Ramsay berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957