Lelaki cari pembeli yang mahu beli koleksi kad Pokemon pada harga RM1.8 juta

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki menarik perhatian ramai selepas memuat naik ratusan koleksi kad Pokemon miliknya yang mahu dijual pada harga RM1.87 juta.

Difahamkan keseluruhan kad Pokemon itu bernilai lebih RM2 juta.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Pokemon Trading Cards & Collectibles Malaysia (PTTC Malaysia), lelaki yang dikenali sebagai Damiral Imran itu turut berkongsi gambar-gambar koleksi kad berkenaan berserta kotak-kotaknya yang tersusun rapi.

Difahamkan, pada ketika ini sudah ada tiga individu yang ingin membelinya dengan tawaran harga paling tinggi RM1.68 juta.

Pemuda itu bagaimanapun turut membuka tawaran lain seperti tukar beli “trade in” dengan Porsche 911 Carrera 4S berserta wang tunai RM1 juta.

Malah, mana-mana individu yang dapat membantunya mencari pembeli juga akan diberi komisen sebanyak RM50,000.

Selain itu, pembeli koleksinya itu juga akan menerima kad One Piece yang bernilai lebih RM50,000 secara percuma.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut mengetahui kad Pokemon seperti itu adalah barang “rare” yang bernilai dan boleh dijual kembali.

Baca juga: Baru kenal seminggu dah ‘bersama’, Ketua Polis Kelantan dedah kes rogol makin bertambah