Lelaki menang saman lebih setengah juta terhadap syarikat kontraktor selepas motosikal langgar jalan berlubang 

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki berusia 49 tahun berjaya menuntut ganti rugi RM721,000 daripada sebuah syarikat penyelenggara jalan selepas dia cedera merempuh jalan berlubang yang tidak diselenggara di Pasir Gudang, tiga tahun lalu.

Mahkamah Sesyen Johor Bahru memerintahkan sebuah syarikat tersebut membayar ganti rugi dan kecederaan yang dialami selepas motosikalnya terlanggar jalan berlubang berhampiran Taman Kota Masai.

Hakim, Sazlina Safie, membuat keputusan itu selepas mendapati Razali @ Mohd Leey Subeh, selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Safwa Global Venture (M) Sdn Bhd, syarikat yang dilantik kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan berkenaan.

Pada 11 Februari 2021, Razali dalam perjalanan dari Taman Cendana ke Taman Kota Masai pada kira-kira jam 10 malam.

Dia kemudian terlanggar jalan berlubang yang mengakibatkan plaintif terjatuh dan cedera.

Plaintif memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan dan kerajaan negeri sebagai responden pertama dan kedua, masing-masing atas kecederaan dan kerosakan yang dialaminya akibat kejadian itu.

Baca Artikel Penuh