Lelaki nekad bawa duit syiling dalam bag plastik pergi kedai motor, kira duit satu persatu demi skuter idaman RM5,800

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki mengejutkan penjual di sebuah kedai motor selepas membawa bungkusan plastik yang dipenuhi duit syiling ke kedai itu.

Berkat tabungannya, lelaki di Jaipur India itu berjaya membeli sebuah skuter elektrik berharga lebih 100,000 rupee (RM5,778) menggunakan duit syiling 10 rupee (RM0.58 sen), lapor laman berita NDTV baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ather Energy, Tarun Mehta berkata, pembeli tersebut membeli skuter daripada model Ather 450 keluaran syarikat motosikal elektrik itu.

Tarun yang kagum dengan kesungguhan lelaki itu menabung, berkongsi gambar pembeli tersebut beserta duit syiling yang digunakan untuk membuat bayaran.

“Seorang pelanggan baru sahaja membeli sebuah model Ather 450 di Jaipur menggunakan duit syiling 10 rupee!” katanya dalam keterangan gambar yang dimuat naik di media sosial.

Ia menunjukkan pembeli itu berdiri di samping beberapa lelaki, sambil memegang replika kunci gergasi skuter elektrik tersebut.

Baca Artikel Penuh