Seorang lelaki menarik perhatian netizen di media sosial apabila apabila membeli 15 buah trak pikap secara tunai pada harga 7.5 bilion rupiah (RM1.8 juta), lapor portal berita Lambe Turah.
Lelaki itu yang juga pengusaha ladang kelapa sawit di Indonesia membeli trak pikap jenis Mitsubishi Triton yang dibuat di Palangkaraya, wilayah Kalimantan Tengah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bejo_motor menunjukkan pengusaha itu datang ke bilik pameran dengan dua beg berisi wang kertas.
“Saya merancang untuk membeli 15 buah Triton. Saya membawa dua beg berisi wang kertas,” kata pengusaha itu dalam video
Kenderaan-kenderaan tersebut dibeli untuk keperluan perniagaannya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 12.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Seronoknya tengok duit orang,” kata seorang netizen.
“Saya tidak pernah pegang duit sebanyak itu,” kata pengguna media sosial lain.