Seorang lelaki terkejut apabila sebuah restoran mamak popular di Petaling Jaya mengenakan caj RM89 untuk beberapa jenis lauk yang diambilnya.
Menerusi perkongsian individu itu di Facebook, dia memesan dua bungkus nasi, dua ketul udang, sotong goreng, ayam madu dua ketul, sayur kubis, dan telur goreng.
Namun apa yang mengejutkan apabila bil tersebut tertera harga seketul udang iaitu RM20, bermakna keseluruhan dua udang bersaiz sederhana berharga RM40.
Dia juga mendakwa udang yang dimakannya tidaklah begitu segar dan terasa seperti udang yang sudah lama. Untuk kesemua lauk yang diambilnya, dia dikenakan caj RM89.90.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang berpendapat bahawa kedai mamak itu sememangnya terkenal dengan harga cekik darah.
Mereka huga menyarankan orang ramai jika datang ke restoran mamak, supaya tidak mengambil lauk pauk berasaskan makanan laut.
Baca juga: Pemuda Pas pertahan duit raya RM10,000 kepada Ahli Lembaga AKSB, dakwa bonus setimpal dengan kerja