Lelaki tak puas hati kena caj RM33 untuk sebungkus nasi lemak ayam, rupa tak setanding dengan harga

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki tidak berpuas hati apabila mendakwa dia perlu membayar harga yang mahal untuk sebungkus nasi lemak ayam.

Ini kerana, pesanannya dilihat tidak setanding dengan harga yang dibayar.

Pelanggan tersebut mendakwa dia membayar RM33 untuk sebungkus nasi lemak, namun hanya mendapat nasi dengan seketul ayam paha dan secubit sayur tanpa timun, mahupun kacang dan ikan bilis.

Perkara itu menimbulkan kemarahan pelanggan itu yang mempersoalkan bagaimana makanan seringkas itu dicaj sehingga RM33.

“Jika berharga RM10, maka saya boleh pertimbangkan untuk membelinya,” katanya.

Bagaimanapun menerusi perkongsian video di TikTok, Malaysia Dateline tidak dapat memastikan sama ada pelanggan itu membuat pembelian menerusi aplikasi penghantar makanan atau pun tidak.

Baca Artikel Penuh