Lepas tular tiket Coldplay dijadikan mas kahwin, mufti perjelas ianya tak sah?

Oleh KIM SYAZIE

Sejak beberapa hari lalu kecoh apabila sepasang pengantin di negara seberang menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin.

Perkara itu mendapat perhatian Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang berpendapat, cara itu bercanggah dengan hukum syarak.

“Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50.

“Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu.

“Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarakbbercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay,” katanya memetik Sinar Harian.

Bagaimanapun, tambah Abdul Rahman, mas kahwin biarpun tidak disebut perkahwinan tetap sah.

Jelasnya, tetapi jika semata-mata tiket Coldplay menjadi mas kahwin maka ia tidak sah kerana disifatkan tiada nilai.

Baca juga: Dengan siapa Neelofa bergambar rapat bukan mahram pula tu? Netizen tegur isteri PU Haris