Liga Super: KL City FC intai kelompok tiga teratas musim ini

Oleh MALAYSIADATELINE

Tonggak pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Giancarlo Gallifuoco, optimis pasukan ‘The City Boys’ itu akan mengharungi cabaran Liga Super 2023 bermula bulan depan dengan berada dalam kelompok tiga pasukan teratas musim ini.

Katanya, pencapaian kedudukan tersebut pada akhir musim ini adalah penting untuk memburu tempat dalam saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas muncul naib juara musim lalu susulan tewas 0-3 kepada kelab dari Oman, Al Seeb pada aksi final, Oktober lalu.

“Kami menetapkan penanda aras tinggi selepas menamatkan saingan di kelompok enam teratas dalam dua musim lalu. Walaupun menampilkan pencapaian menakjubkan dalam Piala AFC tetapi kami berasa agak tidak puas hati, musim lalu.

Baca Artikel Penuh