Lima kali berkahwin, akhirnya Natasha Hudson temui cinta sejati

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon kacukan terkenal, Natasha Hudson mengakui dirinya sedang mengecapi kebahagiaan bersama suami yang baru dinikahinya tahun lalu.

Mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Muhammad Harits Jasmin, ini adalah pernikahan kelima buat Natasha.

Selain datang dari latar belakang yang sekufu, Natasha turut menyifatkan Harits sebagai seorang lelaki yang amat memahami.

Pelakon filem Chermin itu bersyukur kerana dia akhirnya menemui cinta sejati dan berharap agar jodohnya dipanjangkan oleh yang Maha Esa.

“Kami boleh bercakap sebagai sahabat. Perkara paling penting mengenai cinta adalah pasangan. Saya datang dari keluarga sederhana, suami juga sama.

“Bagi saya, apa yang paling penting penerimaan keluarga. Alhamdulillah, saya bersyukur dan meminta jodoh ini dipanjangkan. Siapa yang nak berkahwin untuk bercerai,” ulasnya.

Baca Artikel Penuh