Mahiaddin mesyuarat Bersatu di Publika

Oleh BORHAN AHMAD

Tan Sri Mahiaddin Md Yassin bermesyuarat bersama pemimpin kanan Bersatu pagi ini di Ibu Pejabat Perikatan Nasional (PN) di pusat membeli belah Publika di tengah-tengah khabar angin beliau akan meletakkan jawatan esok.

Ekoran itu timbul desas desus beliau tidak akan meletakkan jawatan tetapi hanya bercuti untuk membuat rawatan susulan sakit beliau.

Sehubungan itu, timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dikatakan akan memangku jawatan perdana menteri.

Bekas menteri besar Perak, yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu pula akan dilantik sebagai menteri kanan.