Mahu tebus kesilapan langkah politik, penyandang DUN Titi Serong umum tidak bertanding PRU15 beri laluan pada calon PH

Oleh NASUHA RAHMAN

Kerana mahu menebus kesilapan langkah politik sebelum ini penyandang DUN Titi Serong mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU15 nanti bagaimanapun akan memberi laluan kepada calon daripada Pakatan Harapan (PH)

“Saya dengan rendah hati ingin memohon ribuan kemaafan kepada penyokong dan pendokong saya di kawasan Titi Serong yang mana saya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding bagi PRU15 ini,” kata Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Beliau yang juga bekas ADUN AMANAH membuat keputusan yang berat itu bagi menebus kesilapan langkah politiknya sebelum ini dan seterusnya memberi laluan kepada calon dari Pakatan Harapan di Dun Titi Serong.

“Saya akan turun berkempen bagi memenangkan calon Parti AMANAH dan PH di dun atau parlimen yang ditandingi.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpanan AMANAH Kawasan Parit Buntar, Perak dan juga AMANAH Nasional yang telah meletakkan saya sebagai calon pada PRU yang lepas.

“Dikesempatan ini juga saya ingin menyatakan penghargaan kepada mantan YAB MB Dato Seri Peja dan juga YAB Dato Seri Saarani Mohamad serta penjawat awam kerajaan negeri dan pejabat daerah Kerian kerana banyak membantu menjayakan agenda pembangunan di Dun Titi Serong.

Baca Artikel Penuh