Maidam tarik semula arahan pemakaian pelitup muka di masjid, surau

Oleh KIM SYAZIE


Pemakaian pelitup muka sudah banyak dilonggarkan di kawasan tumpuan ramai berikutan kes Covid-19 yang semakin berkurangan.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melonggarkan pemakaian pelitup muka di masjid dan surau di seluruh negeri.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail memaklumkan mengenai kelonggaran tersebut.

Beliau menyatakan bahawa kelonggaran itu bagi membolehkan umat Islam mengimarahkan masjid dan surau sepanjang Ramadan ini.

Bagaimanapun, individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selesema selain golongan berisiko tinggi digalakkan memakai pelitup muka.

“Kelonggaran pemakaian pelitup muka di masjid dan surau diberikan selepas mendapati kadar kemasukan pesakit kes Covid-19 ke hospital dan penggunaan wad rawatan rapi (ICU) semakin berkurangan.

Baca Artikel Penuh