Main kutu untuk bayar rawatan anak OKU, sekali hilang RM70,000 diambil ibu kutu

Oleh KIM SYAZIE

Seorang ibu buntu apabila simpanan buat rawatan anaknya yang kelainan upaya (OKU) lesap angkara ibu kutu Sapiza.

Ruhaya (bukan nama sebenar) membuat pelaburan dalam ‘skim kutu’ dengan niat untuk menambah pendapatan.

Hasratnya, pulangan yang dijanjikan itu bakal menampung kos perubatan anaknya yang menghidapi Spina Bifida atau tulang belakang bengkok.

“Sebenarnya anak saya ada penyakit Spina Bifida, jadi hasil wang itu untuk perubatan, ke hospital dan membeli barang perubatannya,” katanya.

Menurutnya, dia bersama dua adiknya melaburkan wang simpanan berjumlah RM70,000 dalam skim yang menawarkan pulangan 60 peratus itu.

Pelaburan yang pada mulanya membuahkan hasil itu lama kelamaan terkubur apabila dia tidak lagi menerima sebarang bayaran.

Baca Artikel Penuh