MAIS dedah ada NGO tunggang nama tahfiz untuk kutip derma orang ramai

Oleh KIM SYAZIE

Bukan kali pertama nama institusi tahfiz dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk meraih keuntungan peribadi. 

Terbaharu, ada sekumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) didakwa mengambil kesempatan mengutip derma orang ramai dengan menggunakan nama tahfiz.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendedahkan, NGO terbabit menggunakan alasan kebajikan masyarakat untuk kemudahan sekolah tersebut namun sebenarnya lebih kepada kepentingan sendiri.

Atas sebab itu, Pengerusinya, Datuk Salehuddin Saidin berkata, pihaknya giat melakukan proses pemutihan sekolah tahfiz di Selangor bagi memastikan pematuhan piawaian yang telah ditetapkan pihaknya dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kita hendak mengelakkan perkara sebegini daripada berterusan. Baru-baru ini, kita dapat tahu bahawa ada sekumpulan kecil NGO yang tidak bertanggungjawab mengutip derma atas alasan kebajikan kepada masyarakat.

“Murid daripada sekolah yang tidak mematuhi piawaian akan dipindahkan ke institusi lain supaya tidak terabai. 

“Alhamdulillah, jumlah sekolah tahfiz swasta di Selangor mencukupi untuk ibu bapa menghantar anak mereka,” katanya dalam sidang media semalam memetik Kosmo! Online.

Baca juga: Kurier penat layan pelanggan COD, beli banyak-banyak tapi cuma nak bayar 1 je