“Mak aku ni ustazah, malam-malam mesti lelaki ni telefon, sehinggalah aku dapat tahu..”

Oleh KIM SYAZIE

Hancur hati seorang anak apabila mendapat tahu telefon yang dibelinya digunakan ibu untuk berhubung dengan seorang lelaki.

Berderau darah, lelaki berkenaan merupakan kenalan sekolah ibunya yang sudah beristeri serta mempunyai lima orang anak.

Khuatir dirinya bakal hilang pertimbangan, pemuda berkenaan merasa runsing memikirkan masalah yang bakal dihadapi nanti.

Tidak mahu bertindak bersendirian, anak lelaki wanita (ibu) itu meminta cadangan serta pendapat dari media sosial.

Menurutnya, hal itu mula terbongkar apabila adiknya mula perasan ibu mereka sering berbual menerusi telefon setiap hari.

“Walaupun dia tak save, tetapi nombor yang sama selalu telefon. Sampai adik aku ada terbaca, lelaki itu panggil mak aku sayang.

“Peh. Mak aku orang baik, ustazah. Tiap minggu pergi majlis ilmu. Nak kata sunyi, kami adik beradik sering menghubunginya.

“Aku tak tau nak buat apa ni. Adik aku siap bagi akaun Facebook jantan ni. Anak dah 5 orang. Duduk pun tak jauh dengan aku ni,” kesal lelaki itu.

Tidak lena tidur, pemuda itu berharap ada pembaca yang dapat membantunya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Tolong sangat, aku merayu. Tunjukkan jalan pada aku,” rayu pemuda itu dalam pengakuan yang ditulisnya.

Baca juga: Kentut dan sendawa terlalu kuat hingga menggangu jiran, lelaki ini dihukum penjara