“Mak mentua selalu cakap suami derhaka kalau tak dengar cakap, sampaikan aku berpantang pun dia tak ada, sibuk layan mak nak beli ikan hiasan…”

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang kalau kita serasi dengan pasangan belum tentu lagi kita masuk dengan keluarga mereka.

Seorang wanita bernama Ira (bukan nama sebenar) meluahkan rasa terpendam terhadap mak mentua yang terlalu mengawal suami.

Perbezaan hanya setahun sahaja mampu menaikkan kemarahan ibu mentua yang mahukan si anak memilik wanita lebih muda.

“Nama aku Ira, berumur 28 tahun, pemegang ijazah. Aku baru setahun kahwin dan dah ada anak seorang. Suami aku pula berumur 27 tahun, ada SPM sahaja.

Kami bercinta selama lima tahun sebelum bertunang dan berkahwin. Lamakan? Sebenarnya kami memang nak cepatkan majlis.

Tapi pihak suami terutama ibu mentua tidak suka aku sebab aku tak cantik dan tua daripada anaknya.

Akhirnya kami selamat bertunang juga tanpa kerelaan hati ibu mentua aku, sebab ayah mentua aku berkeras hantar rombongan meminang yang telah ditangguh sebanyak empat kali.

Ya! Aku sedih. Malu. Kuatkan diri cuba berlakon gembira di hadapan family aku sendiri. Mak dan ayah aku selalu nasihatkan aku bersabar dan belajar lagi untuk ambil hati ibu.

Masih terngiang lagi peristiwa aku dijemput hadir ke rumah terbuka pada hari raya di rumah suami.

Aku pun pergi selepas balik dari kerja (aku kerja sebagai manager di pasaraya dengan gaji RM5k sebulan.

Suami aku pula staf biasa dengan gaji RM1k sebulan. Keadaan diri aku memang selekeh dan comot. Sebab kerja berat.

Sewaktu sedang makan, suami aku menegur mak saudaranya, “wahh canti-cantiknya anak makngah.”

Makngah pun membaIas, “keturunan kita memang semua cantik-cantik, kau tu je tak pandai pilih. Pilih orang tua.” Maka bergelak sakanlah yang mendengarnya. Aku? Hanya mampu tahan sebak di hati.

Dalam tempoh bertunang, banyak kali aku makan hati dengan keluarga suami aku. Mereka hina kerja aku kerana mereka semua kerja kerajaan.

Mak mentua sampai cakap akulah punca anak dia tak nak kerja tempat lain. Selagi aku tak berhenti.

Selagi itulah anak dia tak takkan berhenti. Jadi, aku berhenti kerja. Maka hilanglah pendapatan bulanan RM5k. Itu semua adalah untuk ambil hati mentua aku.

Aku ikutkan saja kemahuan dia. Ibu dapatkan aku kerja kerajaan dengan gaji hanya RM1500 sebulan.

Aku sedih sebab aku takkan dapat bagi mak ayah aku duit banyak seperti sebelum-sebelum ini.

Tapi mak aku kata, “tak apa. Mungkin ini cara ibu akan berbaik dengan kamu.”

Sedangkan aku tahu mak susah hati kerana siapa yang akan tanggung segala perbelanjaan rumah sebab mereka uzur tidak boleh bekerja dan masih ada adik-adik yang masih bersekolah. (Aku sulung)

Pernah juga aku dan suami bergaduh besar kerana ibu mentua aku sering cakap aku bukan menantu pilihan dia.

Hingga aku buat keputusan untuk putuskan pertunangan. Aku tak sanggup teruskan. Aku penat untuk jaga hati mereka sehingga hati aku terabai.

Aku berhenti kerja kerajaan dan bekerja semula di sektor swasta dengan gaji RM3k sebulan. Tapi suami aku cari aku, melutut merayu jumpa keluarga aku.

Aku sedih pula tengok keadaan suami waktu tu. Lagi bertambah sebak bila ayah aku cakap, “Man, ayah serahkan anak perempuan ayah pada Man untuk Man bimbing dia 1 hari nanti. Ayah tak pernah tanya tentang gaji Man.

Tak pernah persoalkan kerja Man. Ayah terima kekurangan dan kelebihan Man. Tapi kenapa buat anak ayah macam ni.” Aku menangis. Suami pon menangis kerana sesal dengan perbuatan ibu dia.

Dan akhirnya kami berkahwin pada tahun 2016 dengan hantaran sebanyak RM15k. Tiada siapa yang tahu segala perbelanjaan perkahwinan adalah duit aku sendiri.

Termasuklah membeli barang hantaran. Ye. RM15k itu pon duit aku sendiri. Suami hanya mampu bagi mas kahwin saja.

Itu pun dah memadai bagi aku. Sebab aku tahu suami aku memang tak mampu. Aku tak kisah semua tu sebab aku sayangkan suami aku.

Susah aku nak jumpa lelaki yang jatuh dan bangun bersama, sangat penyayang dan baik, rajin buat kerja rumah, rajin bekerja, hormat family.

Susah nak jumpa zaman sekarang ni. Sebab itulah aku sanggup. Asalkan dia sayang aku sepenuh hati dia.

Pada awal perkahwinan, mentua paksa kami tinggal dengan mereka. Aku berkeras tak mahu tinggal bersama. Dengan alasan aku dah beli rumah sebelum kahwin.

Memang aku dah ada rumah dan kereta sendiri sebelum kahwin. Mentua bermasam muka jugalah sebab aku tetap dengan keputvsan aku. Suami serba salah kerana dituduh derhaka.

Lepas dah duduk sendiri berdikari, Ibu mentua aku ada saja yang tak kena di matanya. Perabot tak lengkap pon dimarahnya. Dia cakap, “duit hantaran 15k tu mana? Belilah apa yang patot. Tak kan nak suruh anak aku je yang keluar duit.

Kau punya gaji buat apa? Fikir tekak sendiri je.” Aku sedih sangat. Berhari-hari aku menangis dengan sikap mentua.

Aku keluarkan duit simpanan aku, aku beli segala perabot untuk dalam rumah. Mungkin suami aku dah tak tahan dengan layanan yang aku terima, suami berterus terang cerita yang sebenarnya pada ibu dia. Terus terdiam ibu mertua aku.

Setelah tiga bulan berkahwin, akhirnya aku mengandung! Aku dan suami gembira tak terkata.

Berbahagialah kami melayari perkahwinan ni. Rezeki awal. Dalam tempoh mengandung dan semakin sarat memang banyak kali ibu mentua sakitkan hati aku.

Aku dah kuat sikit. Aku hanya membaIas dengan senyuman dan iya kan sahaja kata-katanya. Aku malas nak bermasam muka.

Ibu mentua aku ni baik sebenarnya, cuma jenis dia ni, keputvsan dia je betul. Wajib dengar. Kalau tak dengar, anak derhaka.

Kalau dengar dan patuh, akan disayang dan dimanja. Akhirnya tanpa aku sedar, aku selalu ketepikan keluarga aku hanya kerana niat nak mengambil hati mentua.

Allah buka mata dan hati aku semula, saat aku berperang dengan kes4kitan nak bersalin, tiga hari di tahan di wad hanya keluarga aku yang teman aku.

Suami aku? Diakan anak yang baik. Mestilah dengan ibu dia. Suami aku teman juga, tapi hanya di saat-saat waktu melawat nak habis. Ya. Aku sedih. Tapi aku tak terdaya nak meluahkan.

Biarlah suami aku jadi anak yang soleh dan taat kepada ibunya. Akukan masih ada mak dan ayah.

Ayah orang yang paling risau dan pertama yang sampai hospitaI walaupun dalam keadaan sakit gout, tak boleh jalan.

Akhirnya, aku bersalin secara pembedahan. Setelah masuk wad semula, waktu melawat bermula. Ayah dan mak akulah yang pertama sampai. Paling aku terkilan hingga kini.

Saat aku perlukan suami aku, dia tiada di sisi aku. Aku Ionglai. Lemah. Tiada daya untuk uruskan baby tanpa bantuan, kerana pembedahan baru saja selesai.

Segala keperluan baby ada di dalam kereta. Aku call dan mesej tanya suami di mana. Tapi tak berjawab.

Dah habis waktu melawat barulah suami aku sampai. Aku tenung dia. Aku pelik kenapa keadaan dirinya tidak terurus. Niat di hati nak tanya kenapa lambat, terus tak jadi bila dia minta maaf. Jadi, aku diamkan saja.

Waktu melawat petang pon sama. Suami aku lah yang paling lambat tiba bersama keluarganya. Lagi 5 minit nak habis baru sampai. Aku tak mampu nak senyum.

Aku sakit hati. Sampaikan ayah aku slowtalk baik-baik dengan suami aku. “Man, kelima – lima anak ayah waktu dilahirkan, ayah orang pertama ada di sisi mak. Nasib baik sekarang ni ayah sihat sikit. Boleh lah datang. Bayangkan kalau ayah tiada. Man juga tiada. Fikirlah baik-baik Man.”

Suami hanya mengangguk lesu. Aku hanya diam. Sejujurnya aku tak tahu apa yg berlaku di sebeIah pihak suami aku.

Hari kedua di wad. Suami aku datang lambat juga. Nurse tanya di mana keperluan baby, aku tak mampu nak ambil beg baby serahkan pada nurse.

Nurse pula tidak mahu menyelongkar beg pesakit. Jadi, dia hanya bedung baby pakai “kain pink” kat wad bersalin tu.

Sebak hati aku tengok baby. Apalah gunanya berhelai-helai bedung aku beli tapi tidak dipakaikan pada si anak.

Aku hanya mampu menangis pada Mak dan Ayah aku bila mereka tiba. Lagi 10 minit nak habis waktu melawat suami pon tiba dengan ibu mentua. Ibu siap bawakkan bubur.

Sewaktu berdua dengan suami, aku tanyakan hal yang sebenar. Suami hanya tunduk, peIuk dan minta maaf. Aku maafkan. Aku pujuk suami untuk bercerita.

Akhirnya suami bercerita, “ibu minta teman pergi beli ikan-ikan dan aquarium dekat KL dan pergi ambil adik dekat stesen keretapi.”

Aku terpana dengar jawapan suami aku. Sampai hati ibu, lebih utamakan ikan-ikan peliharaan dia daripada perasaan anak menantu dia.

Alhamdulillah aku tak meroyan. Setiap kali aku menangis, suami peIuk. Zikir di telinga aku. Ayah dan mak tenangkan aku. Baby aku dijaga sepenuhnya oleh mak aku.

Dua kali beraya sebagai suami isteri. Kami mesti dipaksa beraya di kampung suami. Tahun ni sepatutnya giliran kampung aku.

Tapi ibu mentua meIenting kata suami aku derhaka dan tunduk kata bini. Aku malas nak bergaduh.

Di pagi raya aku turutkan saja beraya di sebeIah suami dulu. Tak apalah. Mak dan ayah aku faham. Tapi sampai bila?

Setiap malam Ibu mentua akan call mengganggu kami. Hinggalah ke hari ini. Semuanya salah. Semuanya tak kena.

Dia saja yang betul. Setiap kali dia call, setiap kali itulah kami suami isteri akan bertengkar sikit.

Dihujungnya kami sama-sama minta maaf antara satu sama lain. Tapi sampai bila kami akan bertahan?

Bermula di saat itulah, aku mula membenci ibu mertua aku. Tapi aku masih melayan dia dengan baik di depan. Aku masih hormat dia.

Aku cemburu tengok ibu mentua orang lain yang melayan menantu dengan baik. Sampaikan aku bersumpah satu hari nanti, jika panjang umur, aku nak jadi Ibu mertua yang baik pada menantu aku.

Berkenaan ibu mertua aku. Hingga kini sikapnya begitu. Sentiasa memaksa dan mengugut kami derhaka jika tidak dengar. Semoga Allah beri hidayah pada aku. Bukakan pintu hati aku semula untuk maafkan perbuatan ibu mentua. – Menantu hipokrit.

Baca juga: “Aku selalu mengeluh sebab gaji suami sedikit, dia sampai menangis sebab kesiankan aku kerja kuat, bila suami meninggal, barulah aku sedar…”