“Makcik ni masa muda mesti jadi kegilaan lelaki” – Nenek umur 90 jadi perhatian warganet

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Lembut tutur bahasa walaupun sudah menjangka usia 90-an, nenek ini menjadi bualan ramai dek kerana rupanya yang masih cantik walaupun di umur itu.

Menerusi Facebook, Budak Melayu Nusa Antara, terlihat seorang wanita yang sudah berusia sedang bercakap dalam dialek Melayu Pattani.

Video tersebut menunjukkan wanita itu bercerita pengalaman dirinya hidup semasa penjajahan Jepun.

Sudahlah bercakap bahasa asli, raut wajahnya bagai tidak ditelan zaman walaupun umur sudah menjangkau usia 92 tahun.

Warganet memuji kecantikkan dirinya yang tak ditelan zaman malah ingatan juga masih kuat.

“Syabas tok igatan masih segar, wajah sungguh lawa sejuk mata tengok dengar pun seronok,” ujar Escha Nazirah.

“Bersihnya muka, dah berumur tetap lawa dan sejuk mata memandang,” tambah Halimatun Mohd Nasib.

Bila melihat kembali bahasa Melayu klasik, jelas kelembutan sebutan setiap perkataan jika mahu dibnadingkan dengan zaman moden ini.

Baca juga: Kenapa Arab Saudi dah nampak anak bulan tapi Malaysia tak? Ini jawapan paling tepat