Ada sebab mengapa majlis pertunangan hanya dihadiri orang yang rapat sahaja kerana bimbang akan mulut orang tanpa insurans ini.
Seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika bertunang menerusi akaun TikTok, @farhananzm.
Menerusi video yang dikongsi, Farhana memaklumkan ada mak cik yang sempat mengutuknya ketika upacara sarung cincin.
“Masa tengah sarung tadi, ada makcik mencelah ‘nak masuk pun tak boleh’.
“Nasib bakal mak mentua balas balik ‘boleh’,” ujarnya di ruang kapsyen.
Rata-rata warganet turut berang dengan hal tersebut dan menasihat wanita itu untuk tidak lagi menjemput makcik yang mengutuknya.
“Sebab itu masa tunang tak ada jemput sesiapa termasuk jiran sebelah rumah pun, jumpa dua keluarga buat makan sikit sarung cincin,” komen Adinda.
“Eeee geramnya. Jangan dijemput nanti dekat majlis sanding,” ujar pengguna TikTok.
“Jangan jemput makcik tu! Nanti awak lagi sedih. Ini hari bahagia awak,” tambah Riana.
Jagalah mulut bila berada di ruma orang, tida kira pangkat umur. Belajarlahlah adab sebagai tetamu.