Dalam portfolio, Malaysia ada 130.3 % dari keperluan vaksin negara

Oleh BORHAN AHMAD

Malaysia telah membeli 130.3 peratus vaksin dari keperluan rakyat negara ini yang berdaftar, kata Khairy Jamaludin, menteri penyelaras vaksinasi.

Dari jumlah itu, Pfizer sahaja adalah 70% dari keperluan vaksin negara, kata Khairy ketika memberikan penerangan di sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Dalam portfolio kita, kita ada 130.3% dari populasi keperluan vaksin negara,” kata Khairy.

Jumlah vaksin yang melebihi keperluan itu adalah untuk simpanan penimbal (stocfile) di samping untuk warga asing yang tidak berdaftar dan juga kanak-kanak yang belum didaftarkan sebagai penerima vaksin, katanya.

Sehingga kini Malaysia telah menerima 26.38 juta dos vaksin iaitu 23.88 juta dos vaksin yang dipesan dan selebihnya sumbangan dari negara asing.

Menurut Khairy, sehingga kini Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur dan Selangor telah menerima 9.09 juta dos vaksin, Sarawak (3.65 juta), Johor (2.06 juta) dan Sabah (1.8 juta)

18.4 juta dos telah diberikan kepada orang ramai sehingga kini.