“Mana kaki dan tangan Bella, siapa boleh carikan? Saya nak dia sempurna” –  Kakak

Oleh WAN SITI AMINAH

Hati insan manakah yang tidak hancur berkecai apabila memandikan jenazah adik tersayang tanpa kedua-dua anggota kaki dan tangannya.

Itulah penderitaan yang terpaksa dialami keluarga Bella atau nama sebenarnya, Mila Sharmila Samsusah selepas rangkanya akhirnya ditemui pada Jumaat, minggu lalu.

Mengundang simpati, luahan menyayat hati itu dikongsi oleh kakak Bella sendiri iaitu Norhisham menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Wanita berusia 36 tahun itu mengakui, dirinya sudah tidak mampu mengawal emosi ketika melihat rangka milik adiknya di Hospital Sultan Ismail (HSI), Rabu lalu.

“Selesai urusan, tiba masa untuk menuntut jenazah di Forensik HSI. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Terkejut saya apabila melihat rangka Bella yang hanya tinggal beberapa sahaja.

“Hancur hati, sehancur-hancurnya apabila menerima Bella dalam keadaan macam ini. Kenapa buat adik saya seperti ini. Hanya tengkorak (kepala) kesan pecah kena hentak benda tumpul.

Baca Artikel Penuh