Susah senang bersama, persahabatan di antara dua ahli parlimen iaitu Lim Guan Eng dan Mat Sabu nampaknya masih lagi terjalin erat.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun, Guan Eng membawa seluruh ahli keluarganya mengunjungi rumah Mat Sabu untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Terkenal dengan kemahiran memasak, Ahli Parlimen Bagan sempat memuji juadah yang dimasak oleh Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan itu.
Merentasi kaum, keharmornian itu dapat dilihat menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook milik Guan Eng.
“Setiap tahun jugalah saya akan berkunjung kampung beliau (Mat Sabu) untuk meraikan hari lebaran ini bersama ahli keluarga.
“Beliau sendiri masak daging bersama isterinya. Masakan Menteri memang tiada tandingan. Memang best!,” puji Guan Eng.
Rata-rata pengikut meluahkan rasa terharu mereka dengan perkongsian tersebut dan berharap keharmornian itu kekal sampai bila-bila.
Ada juga individu yang sempat memuji sifat murni Mat Sabu menyantuni tetamu dengan ikhlas walaupun berbeza kaum dan agama.
“Ini sikap manusia yang dijanjikan Allah SWT syurga. Terbaik YB,” puji seorang pengguna media sosial yang terharu dengan keikhlasan Mat Sabu.
“Ini contoh yang baik wujud kesefahaman antara pelbagai bangsa di Malaysia.” Kongsi pengguna lain.
Baca juga: Dilanggar selepas solat sunat Aidilfitri, imam masih tak ingat apa yang berlaku