Masih menunggu dilamar biarpun usia cecah 39 tahun, Sherry Alhadad berdoa untuk jodoh setiap kali sebelum tidur

Oleh KIM SYAZIE

Biarpun usianya kini sudah mencecah 39 tahun, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad mengakui statusnya yang sehingga kini masih solo tidak pernah mengganggu kehidupannya, bahkan ahli keluarga juga tidak pernah menekan untuk berkahwin

Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad berkata, ibunya tidak pernah bertanya soal perkahwinan kepadanya kerana ibunya sendiri gembira dapat meluangkan banyak masa dengannya.

“Rasanya mak saya pun gembira sebab saya yang selalu bawa dia ke mana-mana sejak kakak dah berkeluarga. Mak akan hubungi saya dan saya juga okay saja untuk bawa ke lokasi yang ingin dituju,” katanya memetik Harian Metro.

Sementara itu, Sherry mengakui dia sentiasa memikirkan juga soal jodoh serta berdoa agar dipertemukan lelaki yang baik.

“Sebelum tidur saya selalu berdoa dan rakan-rakan juga mendoakan perkara yang sama buat saya. Tapi, mungkin belum sampai lagi ke arah itu untuk berjumpa orang yang dicari.

“Jodoh ini rahsia Allah dan saya sentiasa berdoa supaya dipertemukan dengan orang baik yang sudi mengambil saya sebagai suri hatinya,” katanya.

Baca Artikel Penuh