Lelaki kecewa isteri kahwin tiga, buat laporan polis sebab tak puas hati

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki dari Jakarta tidak menyangka isterinya sanggup menikahi lelaki lain tanpa pengetahuannya walaupun masih sah bergelar suami isteri.

Wanita berusia 30-an itu dikatakan menikahi lelaki lain tanpa pengetahuan dan persetujuan suami lapor TribunJatim kelmarin.

Menurut seorang pegawai polis, lelaki tersebut merasa dikhianati kerana isterinya berkahwin lagi secara senyap-senyap tanpa maklumkannya.

Bukanlah kali pertama wanita itu melakukan hal ini malah lelaki terbaru adalah suami ketiga yang dikahwini selepas menunjukkan dokumen perceraiannya.

Walhal dia dan suaminya masih berkahwin sejak tahun 2020 lagi dan tidak pernah bercerai.

Selepas siasatan dilaksanakan, pihak polis mendapati wanita tersebut melakukan perbuatan itu dan dia ditahan di pusat tahanan polis Tulangbawang Barat.

Baca Artikel Penuh