Ini coretan santai sidang Parlimen minggu ini (22 – 24 Mac 2022) – Bahagian 1
Alhamdulillah, saya lihat penglibatan para Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH) yang dipimpin oleh YB Kota Raja khususnya sepanjang minggu terakhir ini amat memberangsangkan. Well done guys.
Pada minggu akhir sidang bulan Mac ini, boleh dikatakan ianya lebih berkisar tentang beberapa RUU (bukan RUU 355).
Antaranya, seperti RUU Pindaan Akta Kerja, RUU Pindaan Akta Kawalan Bekalan, RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan, usul mengenai Seksyen 4 ( 5 ) Akta SOSMA, RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan, RUU Akta (Pindaan) Syarikat Labuan dan lain-lain.
Di samping itu, ada juga perbahasan mengenai belanjawan tambahan (supplementary budget) yang melibatakan beberapa kementerian.
Untuk makluman para pembaca, dalam konteks Parlimen, belanjawan tambahan merujuk kepada wang negara yang telah pun dibelanjakan oleh kerajaan kerana alokasi perbelanjaan tersebut tidak dinyatakan dalam belanjawan tahunan 2022 yang dibentangkan pada tahun lepas.
Kenapa ianya kena dibawa, dibentangkan dan diluluskan di dalam Parlimen?
Jawab mudahnya kerana faktor akauntabiliti. Sebab sesebuah kerajaan itu hakikatnya bukan berbelanja dengan menggunakan wang ibu bapa mereka.
Mereka berbelanja menggunakan wang rakyat. Oleh itu, mereka wajib dan perlu dapat KELULUSAN dari para Ahli Dewan Rakyat yang dipilih oleh Rakyat (semasa PRU-14) bagi mewakili rakyat dalam Dewan Rakyat !
Sebab itu jika sesuatu belanjawan itu tidak diluluskan, ia ibarat undi tidak percaya (votes of non confidence) kepada sesebuah kerajaan itu.
Hanya semasa negara diisytihar darurat, kerajaan tebuk atap yang di bawah PM Pagoh, ada saatnya perbelanjaan wang negara tidak dibawa ke Parlimen kerana Parlimen digantung atas alasan darurat!
Saya sendiri, Alhamdulillah, boleh dikatakan berpeluang untuk berbahas hampir semua RUU yang dinyatakan di atas.

Semasa berbahas RUU Akta Kerja (Pindaan) 2022, saya telah menyentuh beberapa isu yang saya rasa amat perlu disentuh.
Saya habaq kat Gomen Tebuk Atap depa wajar mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan PH yang dapat mandat rakyat.
Sebabnya, RUU pindaan itu hakikatnya telah digubal pada zaman PH memerintah iaitu ketika YB Ipoh Barat (DAP) dan YB Pokok Sena menjadi Menteri dan Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Ianya tidak berjaya dibentangkan kerana kerajaan PH yang dapat mandat rakyat dijatuhkan bermula dari Langkah Sheraton yang diikuti oleh fenomena tebuk atap.
Kita serah sepenuhnya kepada Allah SWT “to deal with them either in this temporal world or in the Hereafter!”
Mengenai RUU pindaan Akta Kerja itu, hakikatnya ianya adalah sebuah pindaan yang agak “massive”. Pindaan akta itu mengandungi banyak perubahan besar dan positif khususnya dalam melindungi hak dan kepentingan para pekerja.
Antaranya, termasuklah perkara berkaitan perlindungan kepada para pekerja wanita yang mengandung, larangan amalan diskriminasi di sektor pekerjaan dan lain-lain.
InsyaAllah, bersambung.
Baca juga: