“Mentua suka kacau aku bila suami pergi belayar, siap gegar rumah minta geran nak tukar nama”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita langsung tidak menyangka bahawa mentuanya sanggup bertindak kejam selepas suami yang bekerja di luar pesisir (offshore) pergi belayar.

Berusaha melayan keluarga mentua seikhlas hati, wanita bernama Lily itu malah ditindas dan dilayan seperti hamba apabila suaminya keluar rumah mencari rezeki.

Keadaan semakin memburuk apabila mentuanya datang ke rumah untuk meminta geran dengan tujuan mahu menukar nama pemilik kediaman yang dibina suaminya.

Sudah melampaui batas, berikut perkongsian Lily yang berjaya melawan penindasan keluarga mentua tanpa kehadiran suami tersayang di sisi untuk membantunya.

“Aku nak kongsi kejahatan keluarga mentua biar masyarakat tahu yang keluarga toksik ini WUJUD. Aku Lily, seorang wanita yang berkahwin di usia muda. Selepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), aku bekerja separuh masa selama dua tahun. Kumpul duit kahwin dan selamat jalanlah kepada kehidupan bujangku.

“Kahwin awal bukan sebab gatal. Tetapi sebab teman lelaki aku sudah berumur. Kami berkawan sejak aku Tingkatan Tiga. Sekarang umurku di awal 30-an, ada tiga cahaya mata yang sudah bersekolah. Kebanyakan hal rumah tangga kami, aku yang urus A to Z. Sebab suami aku kerja offshore, tiga ke empat bulan baru balik darat.

Baca Artikel Penuh