Minum sampai mabuk, lelaki terlupa majlis kahwin sendiri

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Teruja akan menamatkan zaman bujang, lelaki terlepas perkahwinan sendiri selepas mabuk pada malam menjelang hari bahagia.

Akibatnya, dia gagal melangsungkan perkahwinan selepas tidak hadir ke majlis tersebut lapor India Times.

Kejadian yang berlaku di Bihar, India, Isnin lalu mendapat perhatian apabila pengantin hanya sedar lewat Selasa lepas.

Akibat malu, pengantin perempuan enggan mengahwininya dan mahu membatalkan perkahwinan kerana marah dengan perbuatan lelaki tersebut.

Menurut pengantin perempuan, dia enggan berkahwin dengan lelaki yang tidak memahami erti tanggungjawab.

Situasi menjadi lebih tegang apabila keluarga pengantin perempuan menjadikan sebilangan keluarga pengantin lelaki sebagai tahanan bagi meminta wang ganti rugi.

Bagaimanapun isu telah selesai dengan campur tangan polis dan kedua belah keluarga mencapai penyelesaian bersama.

Baca juga: Toyota Vios serba baharu terima tempahan lebih 5,000 unit