“Minyak kita tak lalu Selat Hormuz!” – Exco Terengganu

Oleh ROSLAN ZAMAN

Exco kerajaan negeri Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim mempertahankan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkenaan kenaikan harga minyak yang tak sepatutnya berlaku di Malaysia.

Beliau yang juga ahli jawantankuasa Pas Pusat memberi contoh berhubung dengan keberadaan pelantar minyak di Terengganu.

“Di perairan Terengganu, dianggarkan terdapat sekitar 120 pelantar minyak yang masih aktif beroperasi. Walaupun angka ini tidak tetap, jumlahnya berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada pembukaan pelantar baharu atau penutupan yang lama.” katanya.

Tambahnya lagi, di loji Kerteh terdapat minyak diproses untuk menjadi pelbagai produk petroleum untuk kegunaan negara.

“Minyak mentah dari pelantar akan disalur ke Loji Penapisan Minyak Petronas Kerteh samada melalui saluran paip dasar laut atau kapal tangki. “ tambahnya lagi.

“Kenapa nak tunggu kapal tangki lepas lalu Selat Hormuz baru nak turunkan harga minyak?  Saya ulang! Minyak kita tak lalu Selat Hormuz!”