Mirzan Mahathir diberi tempoh 24 hari untuk isytihar harta, Tun M akui risau

Oleh MAISARAH AISYA

Usahawan dan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan Mahathir masih belum mengisytihar hartanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memberikan tarikh akhir namun ia masih tidak dilaksanakan.

Memetik Sinar Harian, Mirzan mempunyai masa sekitar 24 hari sebelum tarikh akhir diberikan oleh SPRM.

Sumber terdekat memaklumkan Sinar Harian bahawa usahawan itu telah menerima notis pengisytiharan harta daripada pihak SPRM pada 17 Januari lalu.

“Beliau (Mirzan) telah diberikan notis pengisytiharan harta oleh SPRM pada Rabu minggu lalu.

“Tempoh masa yang diperuntukkan adalah selama 30 hari dari tarikh notis dikemukakan kepadanya,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Baca Artikel Penuh