Model tertua dunia ini masih bekerja pada usia 93 tahun, tapi wajah tak dimamah usia langsung!

Oleh KIM SYAZIE

Wanita kelahiran Amerika Syarikat (AS), Carmen Dell’Orefice berusia 93 tahun dikenali sebagai model paling tua dalam industri fesyen.

Kerjaya Carmen sebagai model bermula sejak usia 13 tahun apabila dia  menandatangani kontrak pertamanya dengan bayaran AS$7.50 (RM34.80) sejam. 

Malah, wanita itu masih bekerja sehingga kini meskipun sudah berusia 93 tahun pada 2024.

Lapor Oddity Central, kontak pertama Carmen dengan dunia fesyen menemukan kegagalan. 

“Setelah didatangi oleh isteri jurugambar Herman Landschoff ketika Carmen pada masa itu berusia 13 tahun sedang menaiki bas menuju ke kelas balet, dia melihat gambarnya tidak meraih perhatian dengan pantas.   

“Bagaimanapun, Carmen ditakdirkan untuk menjadi terkenal. Kira-kira dua tahun kemudian, Carmen yang berusia 15 tahun menghiasi muka depan majalah Vogue buat kali pertama selepas menjadi model kegemaran jurugambar Erwin Blumenfeld,” jelas laporan.

Baca Artikel Penuh